Monday, June 3, 2013

TH Heavy Flies

Dah lama betul aku tak update blog ini. Dah bersawang rupanya.
 
Bukan disengajakan tetapi komitmen kerja "baru" ini agak berlainan sikit. Aku tidak melompat kerja cuma sekarang ditambah tugas lain.
 
Pelaburan tempohari dalam THHeavy nampaknya menjadi. Harganya telah naik sampai RM0.83. Harga kos aku RM0.53. Aku puas hati dengan pelaburan dana EPF aku ni. Rasanya THH akan dibiarkan untuk jangkamasa panjang.



Friday, January 25, 2013

Salam Maulidur Rasul

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Maulidur Rasul untuk semua. Semoga kalian dapat murah rezeki dan segalanya dipermudahkan.
 
Awal minggu ini, Brader ini telah melunaskan semua yang dijanjikan. Lega rasanya kerana dapat balik deposit rumah lelong yang dimenangi tempohari. Modal ini boleh digunakan untuk mendapatkan unit lelong lagi.
 
Aku rasa harga lelongan sekarang kebanyakan masih mahal mungkin kerana lelongan pertama. Peluang untuk flip berkurangan dan tentunya banyak persaingan dari orang lain.

Tahun 2013 ini berbeza dari tahun sebelumnya.
 
Aku sekarang ditugaskan untuk menyelia beberapa syarikat yang semakin berkembang. Ini mengambil sebahagian besar dari masa yang ada dan unfortunately, masa untuk update blog terpaksa dikurangkan.
 
Aku melihat ini secara positif dan berharap masih dapat berjual / beli hartanah tahun ini. Ada 3 unit hartanah akan dilupuskan tahun ini secara berkala. Harapnya dapat keuntungan yang reasonable. Pulangan yang diperolehi akan terus dilaburkan untuk mendapatkan hartanah.
 
Target belian tahun ini adalah cuma 2 unit.

Friday, December 28, 2012

Jangkaan Aku Benar

Nampak gayanya tuan rumah dalam kes ini. berdiam diri dan tidak membuat sebarang pembayaran yang dijanjikan.
 
Pada akhir bulan November, aku ada buat deal dengan tuan rumah/penyewa di rumah lelong yang aku dapat tempohari. Beliau berjanji untuk bayar sejumlah wang dalam satu jangkamasa.
 
Nampaknya beliau terlupa. 
 
Aku sebenarnya memberi beliau peluang untuk membetulkan apa yang beliau belum lakukan kepada keluarga beliau. Nampaknya beliau mungkiri dan aku telah nasihatkan peguam untuk membuat pembelian rumah lelong ini. Dalam jangkamasa dua bulan ini, aku rasa cukup untuk menyiapkan dokumen pembelian.
 
Pembelian yang dibiayai secara pinjaman "overdraft" ini biasanya boleh diselesaikan dalam masa sebulan seperti mana pembelian rumah lelong satu lagi.
 
Next time, sebarang deal atau perbincangan melibatkan tuan rumah perlu lebih dibuat lebih berhati-hati.
 
 

Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday


Harga Rumah Terus Meningkat. Kalau tak silap aku pada tahun lepas, lelongan rumah di sini hanya pada harga RM98,000. Sekarang lelongan pada harga RM178,000.


Thursday, December 13, 2012

Malaysia Tumbang 0-2 Piala Suzuki AFF

Seperti yang dijangka Malaysia kalah ditangan Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF di Bangkok. Permainan ini didominasi oleh Thailand dan ianya bertambah parah setelah pemain pertahanan Malaysia dibuang padang pada separuh masa pertama.
 
Aku ralat sikit bila pasukan Gajah Putih menjaringkan gol akibat kesilapan pertahanan yang sama menyebabkan kekalahan Malaysia ditangan Singapura tempohari. Kisah lama berulang lagi.
 
Mungkin disebabkan oleh kurang latihan setelah tiba di Bangkok, Harimau Malaya ketandusan idea dan nampak ketara perlukan lebih banyak experiment untuk berjaya.
 
Sebagai penyokong pasukan Harimau Malaya, aku berharap pemain-pemain dapat berehat setelah melalui perjalanan yang sibuk dan hectic sepanjang tahun.
 
Diambil dari Sokernet.com

Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday

 
 
 
 
  
Akhirnya aku berjaya juga sewakan unit ini @ RM650 sebulan. Tapi ada masalah sikit kerana fee penyelenggaraannya agak mahal RM125 sebulan. Nett sebulan dapat RM525 untuk apartment kos sederhana ini.

Monday, December 10, 2012

Jumpa Agen Hartanah

Akhirnya aku "give up". Aku memang tak dapat nak jual rumah sendiri. Dah beberapa kali aku mencuba seperti mengiklankan di Internet dan cuba berbincang dengan prospective klien.
 
Ini disebabkan oleh terlampau banyak halangan dan halangan yang terbesar adalah masa. Aku simply tidak ada cukup masa untuk menguruskan sendiri penjualan rumah. Pada masa yang sama, aku juga cuba sewakan unit apartment di Palm Garden Klang. Ini pun tidak sempat aku buat.
 
Memang ada banyak panggilan yang masuk dan berminat untuk melihat apartment. Masalahnya aku tidak dapat ke sana kerana komitmen kerja.
 
Pada Sabtu lepas, aku berjumpa dengan kawan lama, Mr G untuk serahkan kerja-kerja penjualan apartment kepada beliau pada harga komisen 3%. Ada beberapa klien yang berminat untuk membeli apartment tersebut. Nama dan hp aku dah serahkan kepada agen.
 
Dari analisa aku, aku terlibat dalam semua aktiviti pembelian dan pengurusan rumah/penyewa. Cuma penjualan rumah belum dapat dilakukan. Lagipun aku rasa elok masa yang ada aku konsentrate mendapatkan hartanah murah dan pengurusan sebelum menjualnya (menggunakan agen).
 
Mungkin ini yang terbaik untuk sekarang.
 
 
Gambar-gambar Unit Apartment di Seksyen 20 Shah Alam - Untuk Dijual
 
 
 
 

 
 

Saturday, December 8, 2012

Beli THHeavy @ 51 sen

Biarpun sibuk dengan tugasan harian di pejabat, aku sempat beli 12 lot THHeavy yang dulunya di kenali sebagai Ramunia. Harganya sekarang dah murah 51 sen jika dibandingkan harga dulu yang pernah mencecah RM1.50.
 
Stock ini baru dikeluarkan dari list syarikat PN17 kerana telah berjaya "regularise" kewangan syarikat. Kalau tak silap aku, nilai tertinggi stock ini pernah sampai 63 sen tahun ini dan sekarang harga telah jatuh.
 
Pembelian ini adalah menggunakan dana KWSP dan saham ini akan dipegang untuk jangkamasa panjang. Kalau mengikut perancangan awal aku, saham ini akan dijual sekiranya ada kenaikan sekitar 30%.
 

Friday, December 7, 2012

Sewa Mentari Court Cecah RM1,200

Aku ada terbaca beberapa iklan kat Mudah.com yang sewa untuk Mentari Court Apt (MCA) mencecah RM1,200. Ini sudah cukup bagus.
 
Aku ada satu unit di MCA dan sekarang disewakan RM800 sebulan dan kontrak penyewaan selama dua tahun akan tamat awal tahun depan. Biasanya aku masukkan terma jangkamasa perjanjian 1 + 1 tahun. Setelah tamat setahun dan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak, perjanjian penyewaan boleh disambung.

Ini ditambah pula dengan panggilan dari agen MCA yang mengapi-apikan aku. Katanya sewa sekarang dah mencecah RM1,000 sebulan untuk unit yang separa berperabut. Mungkin ini masa sesuai untuk tukar penyewa dan dapatkan sewa yang bersesuaian.

Penyewa sekarang adalah seorang jurutera di sebuah syarikat telekommunikasi dan mempunyai track pembayaran yang cukup efisien sekali.

Aku rasa "demographics trend" di MCA dah bertukar dan bergerak ke arah masyarakat bekerja (working society) disamping Kampus Unitar, Sunway Uni dan Segi Uni banyak membantu memenuhkan rumah-rumah kosong di sini di samping menaikkan harga rumah.

 

Wednesday, December 5, 2012

Apartment Untuk Disewa BBKlang

Aku dah iklankan kat Mudah.com dan mendapat beberapa panggilan dan sms. Tak sempat nak tunjukkan apartment dalam dua tiga hari ni kerana komitmen kerja aku.
 
Mungkin hujung minggu ini ada masa sikit.